Sunday, June 29, 2008

Makan-makan Dublin

Salam,
Kepada adik2 yang baru nak datang atau mereka2 yang dah lama duk sini, tapi tak pernah explore Dublin..entri kali ni nak senaraikan atau tunjukkan tempat2 makan favorite budak2 Malaysia di Dublin..
Ia akan jadi banyak siri la..setiap siri,kita cerita pasal satu kedai..

Okay, untuk kali ini aku nak cerita pasal kedai makan bernama Rico's.. Diner ini terletak di Rathmines dan sangat dekat dengan South Circular Road..

Kedai ni,macam kedai2 halal lain ada menyediakan juadah seperti Kebab,burger dan nasik.. tapi yang paling aku suka kat kedai ni ialah dia punya Taco Chips..

Ya, inilah tempatnya untuk Taco Chips terbaik di Dublin.. harga murah euro 4 saja.. dan betul2 rasa ke'Taco'an nya..dagingnya fresh,empuk dan betul2 tersalut dengan perisa sos Taco yang dicurahkan ke atasnya... bukan itu saja, cheese yang digunakan betul2 diperbuat dari susu, sehinggakan setiap leburan cheese yang menyaluti Chips yang ada dapat dirasai kelemakan susunya..

Tempatnya yang sederhana luas, susunan meja yang dinamik menjadikan Rico's tempat terbaik untuk 'hang out' malam minggu bagi melepaskan tension study dan kerja sepanjang minggu tersebut..

Ia juga sesuai dijadikan tempat miting ringkas bagi PPIMI,FOSIS atau apa saja kelab, atau komiti program..tempat dating agak tak sesuai..sebab?.. korang datang korang tau la..

Pemiliknya ialah orang Algeria yang peramah,terutama kepada pelajar-pelajar Malaysia.. tambah2 kalau korang sebut nama aku, silap2 dapat makan free kot..

Jadi, jika korang mencari juadah yang ringan, tempat untuk lepak2, suasana yang damai, bolehla berkunjung ke Rico's bagi mendapatkan Taco Chips yang aku maksudkan..
Kalau korang bernasib baik datang Jumaat/Sabtu malam, mungkin boleh jumpa aku lepak2 kat sana..

Orait..sampai situ ja dulu, nanti aku update dengan gambar sekali.. wasalam

-najmi-

Thursday, June 26, 2008

218 MAGAZINES' COVERS











































































NeW PHoToS aDDeD

A'kum.. I have added a few new photos (Winter 2007 + Summer 2008 travel trips pics). To view those photos, don't hesitate to visit my blog: Aku Sebutir Pasir. Salam..

Monday, June 23, 2008

In an isolated fortress

by Rifhan Rasuli

It has been a while since my summer holiday started. Leaving Dublin, I head to my homeland and then to the place where I live – it is called as Felda Chini Timur. Yes from its name, one can surely deduct that it is a Felda territory. Situated approximately an hour journey from the nearest town, Pekan, Pahang, it is an outlying, quite isolated area.

One of the shortcomings living in such an area is the difficulty to access the internet, thus making it hard to gain information. There is only one cyber cafĂ© in my place, which is open inconsistently and when it is open, most of the time it will be filled with school students playing games – an abnormal atmosphere, sadly, if seen by a Felda generation of my time (you know, when I was young, we were really typical village boys – fishing, bathing in the river, melastik burung etc).

Back to the point I would like to talk about – information. It feels like living in a fortress here, protecting us from the ‘attacks’ of information from outside, except from the so-called mass media such as television, radio and newspaper. And of course when it comes to these kinds of media, the information seems to be quite, to be politically correct, one-sided.

Imagine the moment I had to stay and be dormant in this territory for about three months after my IB examination last year. For that three months without knowing anything but what the ‘ruler of the fortress’ tells you, even a sceptic like me had somehow almost been managed to perceive that anyone but the government is scum. Blogs? Hell no! What can you expect from a place in which internet is hardly available?

While in Dublin, every time I called home and had a conversation with my father who does not know how to use internet, it seems that I know more about Malaysia than he does.

Well, when we contemplate about the inability of the people from the rural areas to be critical about the current economic, political and social issues, we need to consider their limitation to access these materials due to lack of alternative media. They are not stupid; they are just under-informed. Listening to mere ‘legal’ airtime, they are the likely targets who perhaps, can be convinced by anything told to them.

Really, it does feel like living in an isolated fortress here, where all people believe only in one ideology – that diminishes all differences between us, doesn’t it? This way of life, they say, is the only way to maintain peace and unity.

Hmm, think about it.


‘We must never forget that art is not a form of propaganda; it is a form of truth.’
-John F. Kennedy-

Tuesday, June 17, 2008

Update panas!!

Satu cubaan menceroboh rumah kami berjaya dipatahkan..alhamdulillah!!

Penjenayah cuba memasuki melalui tingkap bilik 6,tapi kami tersedar dan terus mengadakan kepungan.. malangnya,kerana kami amatur..maka kepungan kami tidak berjaya..dan penjenayah berjaya melarikan diri..

Nasib menyebelahi kami..tuhan masih sayang.. tiada barang yang hilang dan tiada kecederaan dilaporkan...peringatan kepada kawan-kawan,

PASTIKAN TUTUP SEMUA TINGKAP DAN PINTU SEKIRANYA ANDA MENINGGALKAN BILIK,TERUTAMA BALIK SUMMER..



Saturday, June 14, 2008

Hindustan dan Manusia

Kalau kita tengok cerita2 tak kira hindustan ka,orang putih ka.. pemimpin yang jahat akan ada beberapa karakter yang serupa.. agaknya,memang inilah sifat mereka dari mula2 kejadian manusia lagi.. mai kita kaji..

1. Suka bermewahan..ada rumah/istana besar..
2. Akan tinggikan cukai dan susahkan rakyat
3. Akan gila kuasa dan tak sedar diri orang dah benci
4. Suka perbudakkan rakyat
5. Tak amik pusing hal rakyat.. tengok cerita singapura dilanggar todak
6. Negeri terlepas kat orang pun dah tak kisah
7. Ikut cakap kuasa asing
8. Amalkan rasuah,kronisme dan nepotisme

Dan dalam setiap movie tersebut, rakyat biasa pasti akan jadi makhluk paling bodoh..

1. Defend kemewahan/pembaziran pemimpin walhal sendiri miskin
2. Cuba nafikan kejahatan pemimpin yang terang dengan fokuskan kesilapan hero
3. Pertahankan kezaliman pemimpin walaupun terkena kat batang hidung sendiri
4. Masing2 cuba bodek pemimpin kot2 dapat habuan..jadi senang pemimpin pecah dan perintah
5. Sabaq ajerla kena tindas..jangan lawan


Dan,mujurlah dalam setiap movie ada inspektor sahab yang akan bangun menyedarkan masyarakat dan lawan pemimpin jahat..sifat dia plak

1. Mula2 try cara baik..tapi semua sistem korup
2. Pastu kena tangkap dan belasah ngan orang jahat..hero kalah dulu
3. Hensem
4. Pastu dia lawan jugak..dan akhirnya dekat2 nak kena tembak tiba2 rakyat ramai2 datang dan tolong dia...
5. Kawin ngan heroin

Nah,sekarang cuba compare semua sifat tu dengan mana2 kisah politik dunia.. hangpa try fit tengok..sapa jadi sapa.. dan jangan pelik..besanya majoriti akan jadi yang bodoh tu..

Pun begitu,last2 rakyat akan jadi penentu jugak.. derang akan bangkit,keluar ke jalan raya dan campak pemimpin jahat tu masuk jail..dan everything back to normal.. cuma makan masa la skit.. cerita hindustan 3 jam standard..cerita melayu?






-najmi-

Saturday, June 7, 2008

Memori 218

By Faiz Fauzi

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah hampir 9 bulan mendiami bumi Ireland. Rasa sekejap saja. Macam baru semalam sampai di Dublin Aiport, disambut oleh Tun. Kemudian dengan bas mini aku dan Muaz dibawa ke 218 South Circular Road. Waktu tu, dah masuk maghrib. Rakan-rakan housemate lain Yunus, Rifhan, Ciko, Chai Hadi dan Azmi dah lama sampai; sedang berbuka puasa di Dublin Mosque. Cuma aku dan Muaz saja yang tersangkut di Heathrow hampir 10 jam! Kami masuk ke 218 buat pertama kalinya – terkejut aku tengok rak kasut sebegitu besar, padat dengan kasut. Kemudian kami letak beg di living room.

“Ooo.. Rumah ni ada stor rupanya” aku seolah spontan bermonolog. “Ni lounge, bukan stor” balas Tun yang mendengar monologku. Haha. Aku ingat lagi peristiwa tu. Masa kami sampai dulu keadaan belum stabil. Ada yang menumpang di living room, ada yang menumpang simpan barang dan macam-macam lagi. Lepas dua tiga minggu barulah living room dan ruang-ruang lain 218 menampakkan serinya.

Ramai orang terkejut dan bertanya-tanya “Macam mana korang duduk dengan 15 orang dalam satu rumah? Muat ke??”. Itu soalan-soalan lazim yang ditanya kalau kami bercerita tentang 218. Sebenarnya keadaan rumah ni tak la seburuk yang dibayangkan. Malah kalau nak ikut dari segi keselesaan, memang selesa. Mana nak cari rumah yang setiap bilik ada bilik air. Tak payah kongsi ramai-ramai. Kelengkapan pun cukup. Cuma, penghuninya ramai. Itu sahaja. Bila penghuni ramai, mungkin timbul masalah-masalah logistic seperti pengurusan dapur dan ruang tamu. Tapi itu tak jadi masalah kalau semua penghuni memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Banyak pengalaman manis semasa di 218 yang aku nak tulis (tapi tak larat nak tulis banyak-banyak). Supaya memori ini terus segar, dan menjadi motivasi dan semangat untuk adik-adik yang mungkin rasa down atau cuak bila dengan jayanya terpilih untuk mendiami rumah agam ini. Antaranya, Open House Raya 2007. Memang seronok dapat berkumpul dan masak sama-sama. Sejak dari petang Sabtu lagi kami dah mulakan persiapan memasak. Potong bawang (berair mata), potong ubi, potong serai dan lain-lain. Menu yang kami sajikan - nasi beriyani, ayam panggang coroinder, chicken wing panggang, dalca, agar-agar (aku yang buat, tapi tawar sikit) dan cheese cake. Memang penat tapi seronok.


...................................................Gambar keluarga 218 di pagi lebaran

................................................Aidilfitri di Malaysia Hall. Junior 218 sesi 07-08

........................................................Memasak untuk Open House


Dalam bulan November, kami buat house trip ke Belfast. Abang-abang senior ni la bawak, konon-konon kesian tengok kami tak ke mana walaupun dah sebulan lebih sampai di Ireland. Kami sewa kereta 3 biji. Malam Sabtu lepas makan Ayam Lemak Coroinder Ghani, kami pun bertolak ke Belfast. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Kami serbu rumah rakan senior yang belajar di Belfast lebih kurang jam 12. Keesokkan hari kami bertolak agak lewat, masing-masing bangun lewat. Rancangan asal nak ke Giant Causeway. Tapi disebabkan kelewatan dan kesesatan, kami ubah plan ke Junction One. Banyak duit habis beli baju dan kasut. Keesokkannya baru lah kami ke Giant Causeway. Cantik tempat tu; bagi orang-orang yang belum pernah ke oversea macam aku, memang agak perak. Menurut rekod rasmi hampir 500 keping gambar berjaya diambil dari 7 buah kamera berasingan. Antara yang paling menarik – Lingkaran Ukhwah.

................................................Di depan rumah; sebelum bertolak ke Belfast

..............................................Sesat - tapi sempat ambil gambar

..........................................................Lingkaran Ukhwah. Moga berkekalan.


Itu cuma sikit sahaja rentetan pahit manis kehidupan di 218 yang aku mampu coretkan. Banyak lagi yang menarik. Seperti kisah Lingkaran Kesuburan, Air Terjun nan indah permai dan terkini Anugerah Cat Food 2007-08 yang masih lagi di peringkat pemilihan separuh akhir.Semua ni mesti aku simpan baik-baik. Kepada adik-adik yang bakal terpilih, Selamat Datang ke 218 South Circular Road. Rumah yang cukup dikenali di Dublin. Sarat dengan suka duka kehidupan perantau di bumi Ireland. Selamat Datang!!!

Thursday, June 5, 2008

Rebound guy? Not!!!!

Girls leaving a serious, or even semi-serious relationship, where their trust was broken by the guy going off with another girl, will often take up with the first available man that offers them comfort. This isn't because they're needy, or because they're attracted to this other person, but more because they need some assurance that they are worthy of a man's attention. This is a rebound romance and it's not destined to last. Is that the guy you want to be? Rebound guy only lasts as long as it takes for her bruised ego to mend and her self-confidence to rise, then she's going to look for a man that she's romantically interested in -- She'll probably go back to him..

-amik dari google-

Minyak oo minyak

Salam..
Satu Malaya dah tau..minyak naik 41% overnite.. so,banyakla yang marah..dan tak kurang yang nak berlagak rasional tanpa depa sedar apa kebenda yang depa sebut tu..
mungkin jiwa mahasiswa jenis idealis..semua nak kena tengok atas kertas..

Aku pulak,suka cakap realiti.. ko cakap la pasal apa pun teori ekonomi..last2 kesannya kita tengok kat rakyat..depa yang akan tunjukkan side effect apa2 teori pun..

So, kalau gaji 1500 sebulan.. ko cuba kira berapa dia kena spend untuk bulan ni? katala dia guna minyak 200 sebulan..sekarang dah 280.. harga sewa rumah lagi..anak2 nak pi sekolah.. pastu harga barang lepas ni mesti naik.. sebab nak bawak lori nak hantar barang pakai diesel..bukan air..

entahla..malas nak cakap banyak lagi..dah ramai pun bagi teori itu ini..dah jadi haru-biru aku ni.. aku bukanla orang baik..ramai kenal aku pun..tapi jahat2 aku..aku tetap rasa simpati kepada pemandu2 lori, kepada pemandu teksi..kepada ayah yang anak 6.. kepada petani.. entahla..aku takdakla baik sangat..tapi aku tau bila dan siapa aku kena simpati..mungkin ini yang aku dapat dari medic school.

wasalam

Korng yang anak orng kaya..mana tau apa..

-najmi-

Hari Jumaat Dalam Kehidupan Seorang Mukmin

by Hadi Rosol

Banyak peluang untuk beribadat pada hari Jumaat, JUST GRAB THEM!!!

Hari Jumaat dalam kehidupan seorang Muslim adalah salah satu hari yang istimewa dan utama. Hal ini disebabkan oleh Hari Jumaat dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam(bahkan di Malaysia, hari Jumaat je ramai yang memakai baju ala-ala hari raya untuk solat Jumaat). Nama lain bagi hari berkenaan ialah yaumul `l-mazid (hari pemberian tambahan), kerana pada hari tersebut Allah akan memberi rahmat yang banyak kepada hamba-Nya. Segala permohonan yang diminta akan dikabulkan andainya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan “waktu mustajab.”

Jelasnya, penghulu segala hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. Sebagai seorang hamba Allah yang ingin menghampirkan diri kepada Allah, dan melakukan sesuatu yang terbaik, seseorang itu perlu mengambil peluang dengan kehadiran hari yang mempunyai banyak fadilat, yang didatangkan sekali dalam seminggu dengan beribadah agar kehadiran manusia di muka bumi ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah az-Zariyat ayat 56 iaitu untuk beribadah kepadanya.

Pada hari Jumaat, Allah taala mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat. Allah berfirman: Wahai malaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka tidak berdosa sedikitpun.

Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah Taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah ciptakan Adam a.s. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. Pada hari tesebut Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

Justeru, saya menyeru diri saya dan seluruh kaum Muslimin memanfaatkan peluang yang dianugerahkan oleh Allah untuk beramal dan membaiki diri.

p/s : Hari Jumaat dan Solat Jumaat seterusnya belum tentu tiba, entah-entah nyawa dicabut terlebih awal lagi....