Thursday, July 31, 2008

SeKaDaR ReNuNGaN

By JHaZKiTaRo

Top 20 Countries in QUALITY OF LIFE INDEX (2005) (according to Health, Family life, Community life, Material well being, Political stability and security, Climate and geography, Job security, Political freedom & Gender equality):
01) IRELAND
02) Switzerland
03) Norway
04) Luxembourg
05) Sweden
06) Australia
07) Iceland
08) Italy
09) Denmark
10) Spain
11) Singapore
12) Finland
13) United States
14) Canada
15) New Zealand
16) Netherlands
17) Japan
18) Hong Kong
19) Portugal
20) Austria
-
-
36) MALAYSIA


Top 20 Countries in HUMAN DEVELOPMENT INDEX (2005) (according to Life expectancy, Literacy, Education & Standards of living):
01) Iceland
02) Norway
03) Australia
04) Canada
05) IRELAND
06) Sweden
07) Switzerland
08) Japan
09) Netherlands
10) France
11) Finland
12) United States
13) Spain
14) Denmark
15) Austria
16) United Kingdom
17) Belgium
18) Luxembourg
19) New Zealand
20) Italy
-
-
63) MALAYSIA


Top 20 Countries in PURCHASING POWER PARITY (PPP) PER CAPITA (2007):
01) Qatar
02) Luxembourg
03) Norway
04) Brunei
05) Singapore
06) United States
07) IRELAND
08) Switzerland
09) Kuwait
10) Iceland
11) Netherlands
12) Canada
13) Austria
14) Denmark
15) United Arab Emirates
16) Sweden
17) Australia
18) Finland
19) Belgium
20) United Kingdom
-
-
56) MALAYSIA

Ni ke puncanya ramai doktor2 kat Ireland taknak balik Msia?? Heheheh.. :P



Ni ade satu lagi list. Maybe takde kaitan dgn lists kat atas. Tapi aku saje2 je letak. Mungkin ade yg akan tersentak bile tengok list ni. Heheh.

TOP 10 OF THE WORLD'S MOST EXPENSIVE SHOPPING STREETS (2006) (according to rental price/square metre):
01) 5th Avenue, New York, USA
02) Causeway Bay, Hong Kong, China
03) Avenue des Champs Elysées, Paris, France
04) New Bond Street, London, UK
05) Ginza, Tokyo, Japan
06) GRAFTON STREET, DUBLIN, IRELAND
07) Bahnhofstrasse, Zurich, Switzerland
08) Pitt Street Mall, Sydney, Australia
09) Myeongdong, Seoul, South Korea
10) Kaufingerstraße, Munich, Germany

Thursday, July 3, 2008

BoSNia & HeRZeGoViNa



By JHaZKiTaRo

Assalamualaikum... Aku just nak share sikit pengalaman travel aku kat salah sebuah negara rantau Balkan yg baru saje aku kunjungi lebih kurang 2 bulan yg lalu. Negara tersebut tak lain tak bukan, negara yg diberi nama Bosnia & Herzegovina. It is one of the countries in Europe that I fell in love with bcoz of its people, nature & architecture.

Maybe ramai antara kita beranggapan bahawa negara Bosnia & Herzegovina ni tidak selamat utk dikunjungi kerana kesan sejarah peperangannya. Hmm. Aku tak nafikan, aku pun berperasaan mcm tu jugak dulu. Bosnia selalunye dijadikan one of the last places that we would go. Tapi, selepas aku menjejakkan kaki aku di sana, aku mulai berasa yg anggapan kita semue selama ni salah sama sekali. Sepanjang aku berada di negara tersebut (bersendirian), aku tidak menghadapi sebarang masalah pun. Malah, org2nye sangatlah ramah & baik hati. Siap ada yg boleh berbahasa Melayu/Indonesia lagi. Hebat tak??

Penduduk negara ni yg berjumlah 4.5 juta org, terdiri drp 3 kaum etnik yg utama. Majoritinya adalah kaum etnik Bosniak, yg beragama Islam (48%). Yg selebihnya adalah kaum etnik Serb yg mengamalkan ajaran Kristian Orthodox (37%) & kaum etnik Croat yg mengamalkan ajaran Kristian Katholik (15%). Ianya menjadikan negara ini sbg satu2nya negara di Europe yg majoriti penduduknya beragama Islam. Islam telah berjaya berkembang di bumi Bosnia & Herzegovina ni setelah ianya berada di bawah Empayar Turki Uthmaniyah mulai tahun 1463 hinggalah ke tahun 1878. Kemudian, pd tahun 1878, ianya jatuh ke tangan Empayar Austria-Hungary & terus berada di bawah pemerintahan empayar tersebut hingga ke tahun 1918 apabila Empayar Austria-Hungary mengalami kekalahan dlm Perang Dunia I. Selepas Perang Dunia I, Bosnia & Herzegovina berada di bawah naungan Kingdom of Yugoslavia yg kemudiannya menukarkan corak pemerintahan kpd Republik Sosialis selepas Perang Dunia II iaitu mulai tahun 1945 hinggalah ke tahun 1992. Bosnia & Herzegovina akhirnya mencapai kemerdekaan drp Republik Yugoslavia pd thn 1992.

Islam pada mulanya amat kukuh di bumi Bosnia & Herzegovina ini. Namun, lama-kelamaan, ianya semakin pudar di bumi ini terutamanya selepas ianya berada di bawah naungan Republik Yugoslavia (1945-1992) yg berfahaman Sosialis di mana umat Islam tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah peperangan yg berlaku sekitar tahun 1992-1995, umat Islam di negara ni semakin sedar akan kesilapan dieorg. Islam kembali disanjung. Dan kini, apa yg aku dapat lihat di bandar Sarajevo & Mostar, wanita2 yg bertudung agak ramai berbanding mereka yg tidak bertudung. Masjid2 pun sentiasa dipenuhi setiap waktu solat, tak kira lelaki mahupun perempuan. Sejuk hati aku tengok. Begitulah hakikatnya keadaan di bumi Bosnia & Herzegovina sekarang ni. Mungkin selama ni kita (termasuk aku) beranggapan yg dieorg ni sudah semakin sesat. Hakikatnya, anggapan kita teramatlah salah. Islam sememangnya semakin mekar di bumi Bosnia & Herzegovina.

Bercakap tentang alam semulajadi di negara ni pulak, aku sememangnya agak tergamam apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah di bumi Bosnia & Herzegovina ni. Yg paling menarik perhatian aku adalah melihat sungai yg diberi nama Neretva yg mengalir melalui bandar Mostar. Airnya berwarna hijau & jernih. Subhanallah. Belum pernah aku melihat sungai yg berwarna sebegitu sepanjang aku hidup kat dunia ni.

Bandar Sarajevo & Mostar dipenuhi dgn bangunan2 yg berunsurkan senibina Islam. Masjid2 terpacak di sana sini. Senibina masjid2nya sama spt masjid2 di Turki. Sarajevo seolah2 spt mini Istanbul. Cantik sangat. Di Mostar, terdapat sebuah jambatan unik & bersejarah yg dibina merentasi Sungai Neretva yg diberi nama 'Stari Most' atau dalam Bahasa Melayunya, 'Jambatan Lama'. Jambatan ini sebenarnya siap dibina semula pd tahun 2004 setelah jambatan asal dirobohkan oleh tentera Croat pd thn 1993 sewaktu Perang Bosnia. Jambatan baru ini dibina semula menyerupai senibina jambatan asal yg telah dibina pd thn 1566 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yg bernama Sultan Suleyman al-Qanuni. Jambatan ini & kawasan sekitarnya kini tersenarai dalam salah satu UNESCO World Heritage Sites. Utk mengetahui maklumat yg lebih lanjut ttg sejarah Bosnia & Herzegovina & sejarah Stari Most di Mostar, sila view video2 di bhg bawah entri ini.

Oleh itu, aku highly recommend korang semue utk berkunjung ke bumi Bosnia & Herzegovina. Tak ramai org kita menjejakkan kaki ke sana kerana rasa paranoid dgn keadaan di sana. So, aku sarankan korang supaya buang perasaan tersebut. Aku guarantee, korang akan dilayan dgn baik oleh org2 sana. Dieorg sangat sukakan org2 Malaysia & mengalu2kan kedatangan kita semue. Dieorg kan saudara kita jugak. :)



Kedudukan Bosnia & Herzegovina dalam peta Europe


Peta Bosnia & Herzegovina


Stari Most (Old Bridge) pd waktu malam, Mostar


Stari Most (Old Bridge) pd waktu malam, Mostar


Karadzozbegova Mosque, Mostar


Perkuburan para syahidin Perang Bosnia bersebelahan Karadzozbegova Mosque, Mostar


Dalam Karadzozbegova Mosque, Mostar


Koski Mehmet Pasa Mosque, Mostar


Dalam Koski Mehmet Pasa Mosque, Mostar


Pemandangan Mostar dari atas menara Koski Mehmet Pasa Mosque


Pemandangan Mostar dari atas menara Koski Mehmet Pasa Mosque


Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar


Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar


Kawasan sekeliling Stari Most (Old Bridge), Mostar


Stari Most (Old Bridge), Mostar


Stari Most (Old Bridge), Mostar


Stari Most (Old Bridge), Mostar


Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar


Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar


Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar


Stari Most (Old Bridge), Mostar


Stari Most (Old Bridge), Mostar


Sebuah lorong di Mostar


Bersama pemilik hostel & anak2nya, Mostar


Pigeon Square, Sarajevo


Pigeon Square, Sarajevo


Pigeon Square, Sarajevo


Emperor Mosque, Sarajevo


Latin Bridge, Sarajevo


Lokasi pembunuhan Archduke Franz Ferdinand yg menjadi sbb bermulanya Perang Dunia I, Sarajevo


Wanita2 bertudung, Sarajevo


Wanita2 bertudung, Sarajevo


Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Beberapa minit sebelum solat Zohor di Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Beberapa minit sebelum solat Zohor di Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Beberapa minit sebelum solat Zohor di Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo


Dalam Gazi-Husrevbey Mosque selepas solat Zohor, Sarajevo


Ali Pasa Mosque, Sarajevo


Sungai Miljacka, Sarajevo


Academy of Fine Arts, Sarajevo


Pigeon Square pd waktu malam, Sarajevo


Pigeon Square pd waktu malam, Sarajevo


The Defense of Bosnia


Stari Most in Mostar (Part 1)


Stari Most in Mostar (Part 2)


Video clip lagu Lejla, nyanyian Hari Mata Hari