Salam,
Kepada adik2 yang baru nak datang atau mereka2 yang dah lama duk sini, tapi tak pernah explore Dublin..entri kali ni nak senaraikan atau tunjukkan tempat2 makan favorite budak2 Malaysia di Dublin..
Ia akan jadi banyak siri la..setiap siri,kita cerita pasal satu kedai..
Okay, untuk kali ini aku nak cerita pasal kedai makan bernama Rico's.. Diner ini terletak di Rathmines dan sangat dekat dengan South Circular Road..
Kedai ni,macam kedai2 halal lain ada menyediakan juadah seperti Kebab,burger dan nasik.. tapi yang paling aku suka kat kedai ni ialah dia punya Taco Chips..
Ya, inilah tempatnya untuk Taco Chips terbaik di Dublin.. harga murah euro 4 saja.. dan betul2 rasa ke'Taco'an nya..dagingnya fresh,empuk dan betul2 tersalut dengan perisa sos Taco yang dicurahkan ke atasnya... bukan itu saja, cheese yang digunakan betul2 diperbuat dari susu, sehinggakan setiap leburan cheese yang menyaluti Chips yang ada dapat dirasai kelemakan susunya..
Tempatnya yang sederhana luas, susunan meja yang dinamik menjadikan Rico's tempat terbaik untuk 'hang out' malam minggu bagi melepaskan tension study dan kerja sepanjang minggu tersebut..
Ia juga sesuai dijadikan tempat miting ringkas bagi PPIMI,FOSIS atau apa saja kelab, atau komiti program..tempat dating agak tak sesuai..sebab?.. korang datang korang tau la..
Pemiliknya ialah orang Algeria yang peramah,terutama kepada pelajar-pelajar Malaysia.. tambah2 kalau korang sebut nama aku, silap2 dapat makan free kot..
Jadi, jika korang mencari juadah yang ringan, tempat untuk lepak2, suasana yang damai, bolehla berkunjung ke Rico's bagi mendapatkan Taco Chips yang aku maksudkan..
Kalau korang bernasib baik datang Jumaat/Sabtu malam, mungkin boleh jumpa aku lepak2 kat sana..
Orait..sampai situ ja dulu, nanti aku update dengan gambar sekali.. wasalam
-najmi-
Di Antara Belon-belon Busa
-
(Hakim) Di antara belon-belon busa dan angin samudera dan alunan muzika
engkau berlari ke sini sana riang teruja. Bersama matahari terbenam setiap
saat yan...
5 years ago
No comments:
Post a Comment