Saturday, June 7, 2008

Memori 218

By Faiz Fauzi

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah hampir 9 bulan mendiami bumi Ireland. Rasa sekejap saja. Macam baru semalam sampai di Dublin Aiport, disambut oleh Tun. Kemudian dengan bas mini aku dan Muaz dibawa ke 218 South Circular Road. Waktu tu, dah masuk maghrib. Rakan-rakan housemate lain Yunus, Rifhan, Ciko, Chai Hadi dan Azmi dah lama sampai; sedang berbuka puasa di Dublin Mosque. Cuma aku dan Muaz saja yang tersangkut di Heathrow hampir 10 jam! Kami masuk ke 218 buat pertama kalinya – terkejut aku tengok rak kasut sebegitu besar, padat dengan kasut. Kemudian kami letak beg di living room.

“Ooo.. Rumah ni ada stor rupanya” aku seolah spontan bermonolog. “Ni lounge, bukan stor” balas Tun yang mendengar monologku. Haha. Aku ingat lagi peristiwa tu. Masa kami sampai dulu keadaan belum stabil. Ada yang menumpang di living room, ada yang menumpang simpan barang dan macam-macam lagi. Lepas dua tiga minggu barulah living room dan ruang-ruang lain 218 menampakkan serinya.

Ramai orang terkejut dan bertanya-tanya “Macam mana korang duduk dengan 15 orang dalam satu rumah? Muat ke??”. Itu soalan-soalan lazim yang ditanya kalau kami bercerita tentang 218. Sebenarnya keadaan rumah ni tak la seburuk yang dibayangkan. Malah kalau nak ikut dari segi keselesaan, memang selesa. Mana nak cari rumah yang setiap bilik ada bilik air. Tak payah kongsi ramai-ramai. Kelengkapan pun cukup. Cuma, penghuninya ramai. Itu sahaja. Bila penghuni ramai, mungkin timbul masalah-masalah logistic seperti pengurusan dapur dan ruang tamu. Tapi itu tak jadi masalah kalau semua penghuni memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Banyak pengalaman manis semasa di 218 yang aku nak tulis (tapi tak larat nak tulis banyak-banyak). Supaya memori ini terus segar, dan menjadi motivasi dan semangat untuk adik-adik yang mungkin rasa down atau cuak bila dengan jayanya terpilih untuk mendiami rumah agam ini. Antaranya, Open House Raya 2007. Memang seronok dapat berkumpul dan masak sama-sama. Sejak dari petang Sabtu lagi kami dah mulakan persiapan memasak. Potong bawang (berair mata), potong ubi, potong serai dan lain-lain. Menu yang kami sajikan - nasi beriyani, ayam panggang coroinder, chicken wing panggang, dalca, agar-agar (aku yang buat, tapi tawar sikit) dan cheese cake. Memang penat tapi seronok.


...................................................Gambar keluarga 218 di pagi lebaran

................................................Aidilfitri di Malaysia Hall. Junior 218 sesi 07-08

........................................................Memasak untuk Open House


Dalam bulan November, kami buat house trip ke Belfast. Abang-abang senior ni la bawak, konon-konon kesian tengok kami tak ke mana walaupun dah sebulan lebih sampai di Ireland. Kami sewa kereta 3 biji. Malam Sabtu lepas makan Ayam Lemak Coroinder Ghani, kami pun bertolak ke Belfast. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Kami serbu rumah rakan senior yang belajar di Belfast lebih kurang jam 12. Keesokkan hari kami bertolak agak lewat, masing-masing bangun lewat. Rancangan asal nak ke Giant Causeway. Tapi disebabkan kelewatan dan kesesatan, kami ubah plan ke Junction One. Banyak duit habis beli baju dan kasut. Keesokkannya baru lah kami ke Giant Causeway. Cantik tempat tu; bagi orang-orang yang belum pernah ke oversea macam aku, memang agak perak. Menurut rekod rasmi hampir 500 keping gambar berjaya diambil dari 7 buah kamera berasingan. Antara yang paling menarik – Lingkaran Ukhwah.

................................................Di depan rumah; sebelum bertolak ke Belfast

..............................................Sesat - tapi sempat ambil gambar

..........................................................Lingkaran Ukhwah. Moga berkekalan.


Itu cuma sikit sahaja rentetan pahit manis kehidupan di 218 yang aku mampu coretkan. Banyak lagi yang menarik. Seperti kisah Lingkaran Kesuburan, Air Terjun nan indah permai dan terkini Anugerah Cat Food 2007-08 yang masih lagi di peringkat pemilihan separuh akhir.Semua ni mesti aku simpan baik-baik. Kepada adik-adik yang bakal terpilih, Selamat Datang ke 218 South Circular Road. Rumah yang cukup dikenali di Dublin. Sarat dengan suka duka kehidupan perantau di bumi Ireland. Selamat Datang!!!

2 comments:

Muaz Nabil said...

tahniah...at last, ada jugak org nk cerita pengalaman kat rumah ni. btol2 mmg sgt best tgl kat sini walaupun ramai org. hehe.
kalau boleh tanak pindah sbb mmg dah selesa dan mudah tp sbb suma dah nk kuar, aku pun out sama la.
buat adik2 yg bakal datang ke Ireland, jadikan rumah 218 pilihan anda. xkan menyesal tgl sini, semua kemudahan lengkap dan terurus. Masjid pun ada kat depan rumah saja. cuma perlu ada kekuatan untuk melintas jalan saja. :D
ok, selamat datang diucapkan kepada yang bakal masuk rumah ni nanti...

yunus_sahar said...

akhirnya faiz menulis something kat blog nih (aku pun belum lagi sebenarnya). memori? herm.. macam2 kot kalau nak cerita. kalau sorang ada satu ragam, 15 orang jadilah 15ragam. kelakar, sakit hati, enjoy, bengang, gumbira. macam-macam ada... :D