Monday, September 29, 2008

SaLaM aiDiLFiTRi 1429H



Kami penduduk 218 South Circular Road, Dublin 8, Ireland ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H buat semua pengunjung blog kami yg beragama Islam. Semoga segala ibadah yg kita kerjakan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini diterima oleh Allah SWT & semoga Syawal yg bakal menjelma akan dipenuhi dgn seribu kenangan. :)

p/s: Kpd adik2 baru yg baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Dublin, jgn sedih2 sbb terpaksa beraya di perantauan. Honestly, sambutan hari raya di kota Dublin teramatlah meriah. Open houses tak berhenti2 sampailah ke akhir bln Syawal. Believe me.. :)

-JHaZKiTaRo-




"selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada mak dan abah, juga adik-adikku.. juga kepada semua penduduk dublin,tak kira senior atau junior.."

-najmi nadzir-

Wednesday, September 24, 2008

Usaha


Usaha tangga kejayaan.. man jada wajada..

Nak apa2 kena usaha baru dapat.. nak kenyang kena makan.. nak kurus kena exrcise.. nak sihat kena makan ubat.. itu hukum adat..

Lepas dah usaha kena tawakal.. doa, dan serahkan pada tuhan.. kalau dia bagi, kita bersyukur.. dia tak bagi, kita istighfar dan sabar.. itu basic..

Cuma sebenarnya kita kadang2 rasa dah usaha padahal tak sungguh2..bila gagal,kita salahkan orang..itu pengecut.. patutnya,kita analyse dan baiki mana silap..baru macho

Samala nak apa pun.. tapi ada beza dengan tak putus asa dan tak reti bahasa.. terutama bila melibatkan orang.. love omputih kata..

kita leh try, ngorat,ayat,berlakon.. last2 dia taknak jugak.. so, blah jerla.. jangan tak reti bahasa plak kan? orang tak panggil kita gigih kalau persistent gak..orang kata gila bayang... so jangan carik pasal..

Kita boleh analyse silap kita, tapi jangan restart ngan awek yang sama.. gunakan improvement tu untuk ngorat awek lain plak.. itu sebaiknya..move on orang kata..
(the truth is,tak kira korang buat camna..once dah tak suka.. selamanya tak suka)

Kesimpulan,Cinta kat tuhan selamat,sebab dia janji akan balas asalkan usaha.. ok?

wasalam

Tuesday, September 23, 2008

Dude, what r u fighting for?

re-typed by Rifhan Rasuli



Dari ‘Troy’

Tatkala kapal berlayar hitam pasukan tentera upahan Achilles menghampiri pantai Troy, Achilles lagenda tersohor itu menghadap ke buritan kapal dan menghunus pedangnya seraya berseru, “Lihat itu! Apa di sana? Di sana adalah KEABADIAN!”

Kata-kata semangat Achilles untuk ahli pasukannya bagi menghadapi bala tentera Troy yang tak pernah dikalahkan itu. Itulah tujuan peperangan mereka. Mencapai keabadian, menjadi lagenda, untuk dikagumi oleh bangsa manusia selamanya.

Dari ‘Gladiator’

Tatkala Maharaja Rom bertanya kepada Jeneral Maximus, orang kanan kesayangannya yang baginda mahu tabalkan menjadi penggantinya, “What are you fighting for?” Jawab Maximus “For Rome.” Lantas ditanya lagi oleh Maharaja, “What is Rome? Have you ever been to Rome?” Maximus tertunduk, menjawab “No.”

Jeneral Maximus, hero Gladiator itu nyata berjuang untuk negara yang tak pernah dijejakinya pun hingga saat pasukannya berjaya meluaskan jajahan Rom atas nama penyatuan bangsa Greek. Murni, berjuang untuk Negara dan bangsa, namun berdasarkan dialog filem terkenal itu, dia sendiri tidak pasti apakah Negara Rom yang diperjuangkannya itu (sekurangnya tidak sehingga dia hampir dilantik sebagai Maharaja Rom).

Dari ‘Discovery Channel’

Dalam satu rancangan di saluran Discovery tentang pembinaan piramid, terdapat adegan salah seorang buruh piramid memandang piramid tika sampannya menyusuri tebing Sungai Nil. Saat itu dia tiba-tiba seolah mendapat ‘revelation’, akhirnya dia memahami untuk apa sebenarnya perit jerih puluhan tahun dia dan ribuan buruh yang lain membina piramid-piramid agung tersebut. “For the pharaoh” (Untuk Firaun), raja, tuhan mereka.

Jadinya untuk apa perjuangan?

Dari ketiga-tiga contoh tentang tujuan perjuangan dari kisah-kisah lagenda itu, membuat kita lebih merasai, menghargai tujuan perjuangan/jihad di dalam Islam. Sebagai insan Islam, kita berjihad, melakukan segala untuk Allah Yang Esa, yang mencipta, mengurnia, memerhati, menghisab, dan tempat kembali kita.

Tujuan perjuangan kita tidak setakat mencapai keabadian, dikenang manusia hingga akhir zaman, tidak setakat negara dan bangsa, yang barangkali akan berubah atau lenyap kemudiannya, tidak untuk raja, yang juga mati seperti manusia lain.

Ketiga-tiga itu tidak abadi, mereka tidak mampu membalas setimpal. Bila benar-benar dirasakan jihad, perjuangan itu untuk Tuhan, yang Rahman, yang mencintai kita lebih dari ibu yang melahirkan, benar-benar akan dirasai niat kita itu murni, agung, paling tinggi. Alangkah indah dan sempurna.

(Dipetik daripada Fikrah 23-26 Syaaban 1429 / 25-28 Ogos 2008)

Saturday, September 20, 2008

Petisyen


Salam.. aku just wondering.. kalau kita tak puas hati pada satu2 perkhidmatan kerajaan.. boleh ka kita buat petisyen?

Contohnya,kalau kita tak puas hati, duit claim kita lambat dapat..tapi dalam masa sama,kalau kita lambat hantaq borang,duit kita hangus..

Kalau dulu2 tak payah borang,tiba2 sekarang kena borang.. agak2 kalau kita bengang dan hantar aduan kat surat kabar dan Jabatan Kerajaan yang berkenaan macam mana ya?
Pegawai tu boleh kena tindakan ka? Atau kita,student yang kena tindakan?

Atau kita kena buat tunjuk perasaan bawa memorandum yang ditandatangani oleh 100 orang pergi ke pejabat jabatan berkenaan.. pastu kita hantar berita kat surat kaba.. semua surat kaba.. baik perdana mahupun alternatif..

Agak2 bila buat camtu, pegawai2 ni nak dengar ka rintihan student? Atau memang kita tak leh buat apa2?
Sapa sokong untuk buat sesuatu,sila hantar cadangan anda.. anonymous pun takpa..yang penting ada cadangan..

Wasalam

Sunday, September 14, 2008

Ramadhan Mubarak

Salam,dah hampir separuh bulan dah.. Kami nak ucapkan selamat berpuasa kepada kawan2 semua.. harap di ramadhan ni, kita upgrade dan calibrate semua amalan kita..

Kalau tahun2 lepas kita posa tahan makan ja, tahun ni kita upgrade try tak mengumpat plak..kurangkan cakap..
Sapa yang dah jenis tak ngumpat, tahun ni upgrade jaga mata plak.. tak ushar mende pelik2..faham2 la Dublin ni.. banyak sangat daging terdedah..

Dalam masa sama,kita kalibrasi balik amalan pemakanan kita.. bulan posa ni, kita switch balik kepada amalan pemakanan sihat..makan buah, kurangkan makan yang berlemak dsb..

Dan yang paling penting.. jangan lupa doa.. tiap2 hari kena upgrade doa...tambah doa.. mintak sejahtera dunia akhirat..

Kepada adik2 baru yang akan sampai hujung bulan ni.. bulan posa ni,buat baik cukup2 ngan orang tua dan adk beradik lain.. sapa tak pernah masuk dapur, haa sila la masuk.. tlg basuh pinggan,tlg jemur kain, lipat kain, tolong masak.. sebab bila korang datang sini, suasana dah expect korang tau menda2 ni semua.. paling penting, kena tau jaga kebersihan..

O ya nak pesan..tlg bawak ikan bilis, ikan kering, belacan dan cabai kering... okeh? kami tunggu.. wasalam


Lagu posa..

Bilik 7

Wednesday, September 10, 2008

KHaS BuaT TuN





Jgn marah Tun.. Hehehe