re-typed by Rifhan Rasuli
Dari ‘Troy’
Tatkala kapal berlayar hitam pasukan tentera upahan Achilles menghampiri pantai Troy, Achilles lagenda tersohor itu menghadap ke buritan kapal dan menghunus pedangnya seraya berseru, “Lihat itu! Apa di sana? Di sana adalah KEABADIAN!”
Kata-kata semangat Achilles untuk ahli pasukannya bagi menghadapi bala tentera Troy yang tak pernah dikalahkan itu. Itulah tujuan peperangan mereka. Mencapai keabadian, menjadi lagenda, untuk dikagumi oleh bangsa manusia selamanya.
Dari ‘Gladiator’
Tatkala Maharaja Rom bertanya kepada Jeneral Maximus, orang kanan kesayangannya yang baginda mahu tabalkan menjadi penggantinya, “What are you fighting for?” Jawab Maximus “For Rome.” Lantas ditanya lagi oleh Maharaja, “What is Rome? Have you ever been to Rome?” Maximus tertunduk, menjawab “No.”
Jeneral Maximus, hero Gladiator itu nyata berjuang untuk negara yang tak pernah dijejakinya pun hingga saat pasukannya berjaya meluaskan jajahan Rom atas nama penyatuan bangsa Greek. Murni, berjuang untuk Negara dan bangsa, namun berdasarkan dialog filem terkenal itu, dia sendiri tidak pasti apakah Negara Rom yang diperjuangkannya itu (sekurangnya tidak sehingga dia hampir dilantik sebagai Maharaja Rom).
Dari ‘Discovery Channel’
Dalam satu rancangan di saluran Discovery tentang pembinaan piramid, terdapat adegan salah seorang buruh piramid memandang piramid tika sampannya menyusuri tebing Sungai Nil. Saat itu dia tiba-tiba seolah mendapat ‘revelation’, akhirnya dia memahami untuk apa sebenarnya perit jerih puluhan tahun dia dan ribuan buruh yang lain membina piramid-piramid agung tersebut. “For the pharaoh” (Untuk Firaun), raja, tuhan mereka.
Jadinya untuk apa perjuangan?
Dari ketiga-tiga contoh tentang tujuan perjuangan dari kisah-kisah lagenda itu, membuat kita lebih merasai, menghargai tujuan perjuangan/jihad di dalam Islam. Sebagai insan Islam, kita berjihad, melakukan segala untuk Allah Yang Esa, yang mencipta, mengurnia, memerhati, menghisab, dan tempat kembali kita.
Tujuan perjuangan kita tidak setakat mencapai keabadian, dikenang manusia hingga akhir zaman, tidak setakat negara dan bangsa, yang barangkali akan berubah atau lenyap kemudiannya, tidak untuk raja, yang juga mati seperti manusia lain.
Ketiga-tiga itu tidak abadi, mereka tidak mampu membalas setimpal. Bila benar-benar dirasakan jihad, perjuangan itu untuk Tuhan, yang Rahman, yang mencintai kita lebih dari ibu yang melahirkan, benar-benar akan dirasai niat kita itu murni, agung, paling tinggi. Alangkah indah dan sempurna.
(Dipetik daripada Fikrah 23-26 Syaaban 1429 / 25-28 Ogos 2008)
Di Antara Belon-belon Busa
-
(Hakim) Di antara belon-belon busa dan angin samudera dan alunan muzika
engkau berlari ke sini sana riang teruja. Bersama matahari terbenam setiap
saat yan...
5 years ago
No comments:
Post a Comment