Saturday, May 24, 2008

Selamat tinggal Batu Putih


Entahla nak rasa marah ka nak rasa sedih.. sebenarnya tak tau nak rasa apa..sebab tak pernah tahu pun cerita Pulau Batu Putih ini.. tup2 dengar dah terlepas kat orang..

Salah sapa? tak mau tuding jari.. tapi saya rasa kita kalah sebab kita tak bersungguh.. tak benar2 nak menang...kalau tak bersungguh menuntut macam mana nak dapat? Kenapa saya kata kita tak bersungguh? Buktinya,berapa ramai rakyat yang tahu tentang perkara ini..berapa ramai tahu kenapa kita perlu menang... berapa banyak kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kita tentang perkara ini? Berapa besar perkara ini dalam media? berapa slot dalam BTN atau PLKN kita terangkan tentang perkara ini?

Kalau tak tau jawapan..jangan pelik la kita kalah..aduhai.(saya tak mau komen tentang team kita berbanding team Singapura..katanya banyak beza)

Teringat kisah mengatakan asal-usul orang Palestin hilang negara kerana sikap2 macam ni la..tak kisah..pulau tu kecik saja..setengah padang bola.. batu2 aja pun.bukan ada apa.. takpa la..buat la tak kisah.. next time dia mintak JB pulak..jangan terkejut..

Yang tua2 berebut kuasa..yang muda2 berebut awek.. yang pandai agama bergaduh pasal qunut.. negeri terlepas kat orang,sapa pun tak kesah..bagus!

Wednesday, May 14, 2008

Catatan Senja

Salam,
Mungkin ni isu lama..tapi aku rasa betul2 terganggu dengannya.. Haritu masa baca ingat nak komen,tapi sebab exam..last2 terlupa..harini baru teringat balik.

Korang ingat tak haritu dekat Perlis, ada satu group bangang ni salah pukul orang sampai mati depan anak bini dia..alasan depa, arwah tu mengendap anak dara orang.. last2 awek yang kena ngendap tu testify salah orang..

Aku taktau apa korang fikir tapi pada aku, inila akibatnya takdak didikan agama..amik undang2 ikut suka perut sendiri.. punyala bangang.. bayang kalau itu ahli keluarga kita.. anak2 arwah kompem akan trauma sampai bila2 dan tak mustahil bila depa besaq nanti depa balas balik dekat mangkuk2 (konon2 hero)yang bunuh ayah depa..

Sekarang ni,sapa nak bela depa satu family? dah la susah..masya allah.. apa nak jadi la negara kita..

Ini sebenaqnya bala dari tuhan..kita jangan nampak bala tu dalam bentuk tsunami atau gempa bumi saja..tapi bala macam ni, ketidak stabilan, hilang rasa sejahtera dan selamat dalam negara adalah bala yang teruk..

Sekarang ni, mana ada mak bapak berani biaq anak2 jalan sorang2..rasa tak selamat.. mana ada kita berani jalan malam2 sorang2,silap2 kena samun.. yang perempuan lagi teruk kena..ragut la,cabul la, rogol la..

Berbalik pada kes tadi..nah,sekarang nak buat macam mana? Apa solution korang? Kalau ikut hukum islam, pembunuh2 ni boleh dijatuhkan hukuman qisas kalau tak silap.. terpulang pada family, nak suruh hukum mati ka atau nak suruh setiap depa bayaq denda..

Hukum sekarang aku rasa,kena masuk penjara atau kena gantung.. family dapat apa? Hangpa carikla jawapan sendiri..mana lagi adil.

p/s:Kepada adik2 yang nak fly bulan 9/10 ni..abang nasihatkan, bawakla mathurat, quran sebagai bekalan kita..jangan lupa juga megi, bekalan di kala kesejukan,lapar dan malas..hehe

-najmi-

Tuesday, May 13, 2008

Pakatan Rakyat Ireland?



Salam,
wiken lepas aku dapat satu email 'menarik' dari satu group yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat Ireland.
Mereka menjemput aku untuk hadir ke satu ceramah Mat Sabu pada 17 May ini. Hmm.. taktaula betui2 ka atau main2 depa ni..tapi mana plak depa dapat alamat email aku..

Untuk lanjut korang baca la sendiri dekat blog derang ni..

Teringin jugak nak pergi.. tapi macam bz.. hangpa rasa camna? patut pergi ka tak patut pergi?

najmi

Sunday, May 11, 2008

Mee Goreng Bujang

Oleh: Muaz Adam -copied from my own blog :D

Ni ada satu resipi masakan yang ingin aku kongsi dengan semua. wahahaha. Namanya adalah Mee Goreng Bujang. Sebab namanya bujang, terus ja masuk ke cara membuatnya, bahan2, anda carik sendiri la ye dalam cara membuatnya. :D

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan pada masa yang sama sediakan mee. (Kalau guna mee maggi, pastikan anda lembutkan dahulu mee tu dengan air panas beserta sedikit minyak. Kapasiti mee bergantung kepada kapasiti yang anda mampu habiskan)
2. Tumiskan satu atau 2 biji bawang putih. (paling simple la ni)
3. Potong daging burger kecik2. (sukatan berapa keping nk guna tu, ikut kapasiti mee dengan nisbah 1 paket mee:1 daging burger)
4. Goreng daging burger yang telah dicincang halus td.
5. Basuh ikan bilis atau apa sahaja bahan lain yang anda rasa nak goreng jugak.
6. Goreng bahan-bahan lain itu bersama daging burger yang sudah tersedia dalam periuk panas tu selepas lebih kurang 5 minit menggoreng daging burger.
7. agak dah rasa okay dengan bahan-bahan goreng td, masukkn mee.
8. Masukkan 2 biji telur. Kacau rata kesemua bahan-bahan dalam belanga.
9. Masukkan sedikit garam dan gula (secukup rasa)
10. Masukkan apa-apa perencah masakan yang anda suka. Pada masa yang sama, teruskan mengkacau belanga tersebut. (this step is an option)
11. Masukkan sedikit toyu (kicap) dan sos (sebarang jenis sos yang anda suka. Aku suka cili).
12. Setelah berpuas hati mengkacau, rasa masakan tersebut.
13. Masih belum berpuas hati? tambahkan apa2 yang kurang.


TADA....siaplah bihun goreng bujang.....


As simple as it sounds

Pesanan penaja:
1.Masakan ini kurang sihat sebab tiada sayuran. So lepas makan, minumlah jus buah-buahan ataupun masukkan sekali sayuran semasa menggoreng tadi, ok?
2. Lagi satu, jangan lupa padamkan api dapur tu... :)
3. Makan jgn lupa tuhan! (ie: Baca bismillah dan doa makan)

-SELAMAT MENCUBA-

Thursday, May 8, 2008

Jehovah's witness

by Rifhan Rasuli


Antara isu etika perubatan yang agak sensasi di Ireland baru-baru ini adalah tentang kepercayaan Jehovah’s witness. Beberapa minggu yang lepas, kecoh di sebuah hospital kerana seorang wanita yang sedang mengandungkan bayi kembar – wanita itu adalah seorang Jehovah’s witness – enggan membenarkan kandungannya menerima pemindahan darah (blood transfusion) sedangkan kedua-dua bayinya itu dalam keadaan yang amat anaemic (anemia – kekurangan darah merah).

Doktor yang merawat wanita itu akhirnya membawa kes berkenaan ke mahkamah. Saya tidak pasti apa kesudahan kes tersebut, namun biasanya pihak doktor akan menang dan rawatan serta pemindahan darah akan tetap diteruskan atas perintah mahkamah.

Kes ini mendapat perhatian yang meluas di Ireland, dan banyak pihak menuduh wanita itu sebagai tidak bertanggungjawab serta menyalahkan ajaran yang dianutinya. Perlu diambil perhatian bahawa keengganan wanita tersebut adalah kerana kepercayaan golongan Jehovah’s witness bahawa darah adalah sesuatu yang suci dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Untuk maklumat, Jehovah’s witness bukanlah Kristian dan Kristian bukan Jehovah’s witness. Pada mula saya berada di sini pun, saya menyangka Jehovah’s witness adalah sebahagian daripada ajaran Kristian. Bukan.

Isu ini menarik minat saya memandangkan pendakwah-pendakwah Jehovah’s witness pernah beberapa kali bertandang ke rumah kami, dan kami telah menghabiskan sebahagian masa untuk bertukar-tukar pandangan tentang kepercayaan kami masing-masing.

Jehovah’s witness diasaskan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1870an. Mereka percaya kepada Tuhan yang satu, manakala Jesus (pbuh) bukanlah anak Tuhan, bukan sebagaimana yang dipegang oleh penganut Kristian. Dari aspek itu, kepercayaan mereka tidak banyak berbeza daripada Islam. Namun, mereka tidak percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang rasul Allah dan penutup segala nabi. Di situ perbezaan yang ketara kelihatan.

Menurut ajaran Kristian, semua manusia yang beriman pada Jesus (pbuh) akan masuk ke syurga tanpa mengira apa yang dilakukan oleh mereka semasa hidup kerana Jesus (pbuh) menanggung semua dosa umat manusia. Bagi Jehovah’s witness pula, mereka percaya bahawa manusia yang banyak membuat kebaikan ketika hidupnya akan masuk syurga manakala bagi mereka yang jahat, setelah mati akan menjadi debu-debu beterbangan, hilang daripada kewujudan. Islam pula menyatakan sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. akan ke syurga sementara yang derhaka akan ke neraka. Lagi, perbezaan persoalan pokok yang begitu ketara di situ.

Walau bagaimanapun, perbezaan sedemikian tidaklah sampai membuatkan kami tidak menerima kunjungan para pendakwah Jehovah’s witness itu ke rumah kami – layan sajalah, mereka pun orang yang baik-baik. Sekurang-kurangnya sikap kami terhadap mereka jauh lebih baik daripada layanan sesetengah penduduk Ireland lain yang menghalau mentah-mentah kedatangan para pendakwah Jehovah’s witness itu disebabkan isu-isu seperti kes pemindahan darah di atas dan sebagainya.

Bagi kawan-kawan yang tinggal di Malaysia yang kurang biasa dengan keadaan sebegini, jangan salah sangka pula dengan kami ya. Penerimaan kami terhadap kunjungan mereka bukanlah bermaksud kami mengiktiraf kebenaran kepercayaan mereka. Jika ditolak begitu sahaja, nampak macam kurang ajar pula. Jadi peluang yang ada itu dimanfaatkan sajalah untuk mengenali cara hidup orang lain di samping dalam masa yang sama bercerita kepada mereka tentang Islam.

Kerana Islam sudah cukup dan sempurna untuk diambil sebagai cara hidup. Allahuakbar!

Friday, May 2, 2008

Irish's demon drink

by Rifhan Rasuli


I was not surprised at all when I read last week’s front-page report of Herald Am (Ireland’s daily tabloid that is distributed for free) entitled ‘Demon Drink’ which reveals the devastating effects of alcohol in Ireland. Irish are well-known for their love and passion for drinking. The percentage increase in per capita alcohol consumption in Ireland from 1989 to 1999 is 40%, far surpassing other EU countries, whose increases do not even exceed 10%.

A study done by Health Service Executive (HSE) indicates that there was a 92% increase in the number of people being admitted into the hospitals due to alcohol-related illness in just seven years. What a rise! As the matter of fact, in Ireland, drinking is the cause of 36.5% of fatal crashes, 25% of severe domestic abuse cases, 28% of accident and emergency (A&E) cases and 46% of murder.

Liver cancer, whose main cause is alcohol, had the highest increase between 1994 and 2003 compared to other types of cancer. To make things worse, according to the study, the harm brought by the alcohol is not only confined to the drinkers, but also extends to others, like physical injuries and death.

A study on student drinking behaviour in Ireland shows that 95% of male students and 93% of female students take alcohol. But rest assure, we Malaysian students here have never ever taken alcohol at all (hopefully).

Drinking has been a big social problem in this country. Quite a lot of suggestions and actions being implemented, but still, such a problem seems to be insolvable.

In my health and behaviour lecture, I was taught about seven habits for a healthy life – one of them is drink moderately. I always wanted to ask the lecturer every time this kind of topic is brought up in the class, “What if we don’t drink at all? It would be better, wouldn’t it?”

Of course, the harms inflicted by alcohol are far surpassing its benefits. That is why in Islam, drinking is strictly forbidden and labelled as one of the big sins as stated in the Koran in the Surah al-Ma’idah: 90.

“O ye who believe! Intoxicants and gambling, (dedication of) stones, and (divination by) arrows, are an abomination – of Satan’s handiwork; eschew such (abomination), that ye may prosper.”

Nevertheless, if we look at the law enforcement, Ireland is very committed in limiting its people from drinking alcohol, perhaps in certain aspects, better than what is done back in my own homeland. Alcohol is only sold at the off license counter in the mall. In other words, you will not see alcohol among other stuffs sold there. It must be placed at a special section. And in order for you to buy alcohol or enter the pub, you must be at least 18 years old. Identification card must be shown to verify that you are over 18. If you do not have that, no way you can get even a glass of beer.

Despite all these efforts, still, alcohol is a widespread problem in Ireland. Well, perhaps because it is their culture to drink liquor, and there is no clear prohibition in their religion concerning this demon drink.

Thinking back about this, we should be grateful, as the only reason that we are slightly better than these people is because we are Muslims. Without Islam, perhaps we are just the same like those alcoholics, or maybe worse.

Thursday, May 1, 2008

STORY OF SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH



Petikan dari blog Aku Sebutir Pasir:

Kat bawah ni aku selitkan sebuah video filem animasi berbahasa Inggeris yang bertajuk 'Sultan Muhammad Al-Fatih'. Sultan Muhammad Al-Fatih atau Sultan Mehmet II adalah antara Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yang teragung kerana kejayaannya & tenteranya menawan kota Constantinople pada tahun 1453M. Penawanan kota tersebut secara langsung menamatkan riwayat Empayar Byzantine (Rom Timur) yang pada waktu itu sudah pun berusia 1,100 tahun. Constantine XI merupakan Maharaja zalim yang memerintah pada waktu tersebut & merupakan Maharaja Empayar Byzantine yang terakhir sebelum jatuhnya kota Constantinople ke tangan Empayar Turki Uthmaniyah.

Sejurus selepas penawanan Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkan namanya kepada Islambul (yg bermaksud kota Islam dalam Bahasa Turki). Aku pun tidak pasti bagaimana nama Islambul boleh bertukar menjadi Istanbul. Apa2 pun, kita sebagai umat Islam patut berbangga atas kejayaan yg dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Taktik peperangan yang digunakan untuk menawan kota tersebut adalah antara taktik-taktik peperangan yang paling bijak & menggemparkan dalam sejarah dunia. Alatan-alatan peperangan yang digunakan juga merupakan alatan-alatan peperangan yang paling canggih pada zaman tersebut yang mampu menggerunkan mana-mana pihak musuh.

Sesungguhnya penawanan kota Istanbul itu telah pun diramalkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yg berbunyi: "Sesungguhnya, umatku akan menawan kota Constantinople. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Selepas kota Istanbul berjaya ditawan, antara perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ialah menukar fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid. Gereja Hagia Sophia merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Greek Orthodox pada waktu tersebut, yang merupakan mazhab agama Kristian yang dianuti oleh pemerintah & rakyat Empayar Byzantine. Ianya setaraf dengan St Peter's Basilica di Vatican City yang merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Katholik. Hagia Sophia siap dibina pada tahun 537M sewaktu pemerintahan Maharaja yang bernama Justinian I. Keindahan senibinanya menjadikannya sebagai bangunan yang paling masyhur di rantau Mediterranean ketika zaman kegemilangan Empayar Byzantine. Strukturnya masih kukuh sehingga ke hari ini walaupun usianya hampir menjangkau 1,500 tahun.

Selepas penukaran fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid, Sultan Muhammad Al-Fatih telah berkata, "Barangsiapa yang menukar masjid Hagia Sophia itu kembali kepada gereja, maka akan berolehlah baginya kutukan & laknat dariku & dari Tuhan Masjid Hagia Sophia itu." Laknat itu akhirnya jatuh ke muka Mustafa Kamal Attaturk apabila beliau menukar fungsi masjid itu menjadi muzium pada tahun 1935 & mengikis semula segala tampalan2 yg dibuat oleh umat Islam zaman Sultan Muhammad Al-Fatih utk menyembunyikan mozek2 Kristian Greek Orthodox yg berunsur syirik. Wallahu 'alam.


Hagia Sophia, Istanbul, Turki



Ruang dalaman Hagia Sophia, Istanbul, Turki



Antara mozek-mozek Kristian Greek Orthodox di dalam Hagia Sophia yg dipamerkan semula selepas disembunyikan selama lebih kurang 480 tahun

Utk mengetahui lebih lanjut lagi tentang bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya menawan Constantinople aka Istanbul, saksikanlah video filem animasi di bawah:



-JHaZKiTaRo-

Selamat Hari Pekerja

Hari Pekerja mungkin merupakan antara hari perayaan yang agak kurang mendapat sambutan berbanding perayaan-perayaan lain di Malaysia yang mempunyai banyak perayaan. Barangkali satu-satunya sebab 1 Mei masih diingati adalah kerana pada hari itu cuti umum di Malaysia. Sekurang-kurangnya nasib perayaan ini jauh lebih baik daripada hari-hari perayaan lain yang seakan-akan dilupakan terus seperti Hari Kanak-kanak Sedunia, Hari Wanita dan sebagainya.

Sempena 1 Mei ini marilah kita memanjangkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada pekerja-pekerja di serata dunia (profesion yang baik sahaja) walau serendah mana pun pangkat mereka. Tanpa penoreh getah, tidak bertayarlah kereta-kereta besar milik Dato’-dato’ dan pemimpin-pemimpin negara. Tanpa buruh-buruh kasar, tidak akan berdirilah bangunan-bangunan pencakar langit yang lenguh tengkuk memandangnya. Tanpa pesawah padi, tidak bernasilah dapur di rumah kita dan tanpa peneroka di ladang kelapa sawit Felda, makanlah kita lauk yang dimasak menggunakan minyak bunga matahari seperti kami di Ireland ini – mahal. Begitulah juga dengan pekerjaan-pekerjaan yang lain. Pendek kata, kolar putih atau pun biru, semuanya penting kerana setiap manusia hidup secara simbiosis – saling bergantung antara satu sama lain.

Sempena Hari Pekerja ini juga, saya ingin ceritakan sedikit perbezaan antara kesatuan sekerja di Malaysia dan di Ireland. Di Ireland, apa yang saya perhatikan adalah kesatuan sekerja sangat kuat dan teguh membela nasib ahli-ahli mereka. Sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima, maka mereka boleh mogok. Begitulah yang pernah dilakukan oleh pemandu-pemandu Dublin Bus di sini bagi menuntut kenaikan gaji, dan peniaga-peniaga farmasi kerana membantah arahan kerajaan agar menurunkan harga ubat kerana bagi mereka, tindakan tersebut merugikan mereka. Bahkan jururawat di hospital juga pernah melancarkan mogok, tetapi tidaklah sampai mengabaikan pesakit. Mereka masih menjaga pesakit, tetapi tidak mahu bercakap dengan para doktor.

Di Malaysia… maaf, tidak banyak yang dapat saya ceritakan.

Walau bagaimanapun, marilah kita sama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan buat seluruh manusia di Malaysia dan di serata dunia. Hormati sesiapa sahaja tidak kiralah sama ada mereka itu Tan Sri atau pun pencuci tandas, kerana semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam memakmurkan muka bumi ini.

Selamat Hari Pekerja.


Rifhan Rasuli, 1 Mei, 2.42 petang (waktu Ireland)
p/s: Hari ni di Ireland takde cuti, di RCSI siap kena 6 lecture lagi.


Senandung Buruh Kasar
M. Nasir dan Kembara

Lihatlah bangunan yang tinggi menawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda