Thursday, May 1, 2008

STORY OF SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH



Petikan dari blog Aku Sebutir Pasir:

Kat bawah ni aku selitkan sebuah video filem animasi berbahasa Inggeris yang bertajuk 'Sultan Muhammad Al-Fatih'. Sultan Muhammad Al-Fatih atau Sultan Mehmet II adalah antara Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yang teragung kerana kejayaannya & tenteranya menawan kota Constantinople pada tahun 1453M. Penawanan kota tersebut secara langsung menamatkan riwayat Empayar Byzantine (Rom Timur) yang pada waktu itu sudah pun berusia 1,100 tahun. Constantine XI merupakan Maharaja zalim yang memerintah pada waktu tersebut & merupakan Maharaja Empayar Byzantine yang terakhir sebelum jatuhnya kota Constantinople ke tangan Empayar Turki Uthmaniyah.

Sejurus selepas penawanan Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkan namanya kepada Islambul (yg bermaksud kota Islam dalam Bahasa Turki). Aku pun tidak pasti bagaimana nama Islambul boleh bertukar menjadi Istanbul. Apa2 pun, kita sebagai umat Islam patut berbangga atas kejayaan yg dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Taktik peperangan yang digunakan untuk menawan kota tersebut adalah antara taktik-taktik peperangan yang paling bijak & menggemparkan dalam sejarah dunia. Alatan-alatan peperangan yang digunakan juga merupakan alatan-alatan peperangan yang paling canggih pada zaman tersebut yang mampu menggerunkan mana-mana pihak musuh.

Sesungguhnya penawanan kota Istanbul itu telah pun diramalkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yg berbunyi: "Sesungguhnya, umatku akan menawan kota Constantinople. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera". Selepas kota Istanbul berjaya ditawan, antara perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ialah menukar fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid. Gereja Hagia Sophia merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Greek Orthodox pada waktu tersebut, yang merupakan mazhab agama Kristian yang dianuti oleh pemerintah & rakyat Empayar Byzantine. Ianya setaraf dengan St Peter's Basilica di Vatican City yang merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Katholik. Hagia Sophia siap dibina pada tahun 537M sewaktu pemerintahan Maharaja yang bernama Justinian I. Keindahan senibinanya menjadikannya sebagai bangunan yang paling masyhur di rantau Mediterranean ketika zaman kegemilangan Empayar Byzantine. Strukturnya masih kukuh sehingga ke hari ini walaupun usianya hampir menjangkau 1,500 tahun.

Selepas penukaran fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid, Sultan Muhammad Al-Fatih telah berkata, "Barangsiapa yang menukar masjid Hagia Sophia itu kembali kepada gereja, maka akan berolehlah baginya kutukan & laknat dariku & dari Tuhan Masjid Hagia Sophia itu." Laknat itu akhirnya jatuh ke muka Mustafa Kamal Attaturk apabila beliau menukar fungsi masjid itu menjadi muzium pada tahun 1935 & mengikis semula segala tampalan2 yg dibuat oleh umat Islam zaman Sultan Muhammad Al-Fatih utk menyembunyikan mozek2 Kristian Greek Orthodox yg berunsur syirik. Wallahu 'alam.


Hagia Sophia, Istanbul, Turki



Ruang dalaman Hagia Sophia, Istanbul, Turki



Antara mozek-mozek Kristian Greek Orthodox di dalam Hagia Sophia yg dipamerkan semula selepas disembunyikan selama lebih kurang 480 tahun

Utk mengetahui lebih lanjut lagi tentang bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya menawan Constantinople aka Istanbul, saksikanlah video filem animasi di bawah:



-JHaZKiTaRo-

No comments: