Hi, 218 united ditubuhkan oleh Jhaznarul pada tahun lepas bagi mengukuhkan hubungan antara 218 old boys.
Secara umum, rumah 218 merupakan rumah sewa turun-temurun pelajar-pelajar Malaysia. Masuk tahun ni, dah 5 batch duduk kat rumah ni. Dan banyakla suka dan duka yang dicatit.
Rumah ini memang signifikan kerana kedudukannya yang bertentang dengan Dublin Mosque. Selama 5 generasi ia menjadi tempat berkumpul budak2 Melayu dan Malaysia.Dan menjadi lebih sigifikan selepas penutupan rumah 322.
Di sinilah tempat kami buat tahlil, baca yasin, jamuan, tengok bola dan macam-macam lagi. Pendek kata, ini Malaysian Hall kedua kat sini.
Dan nak tambah sikit, bukan nak berlagak tau. Rumah ni juga menjadi tumpuan orang-orang non-malaysia untuk tumpang berteduh.Kool ha?
Sebagai pelajar Trinity, aku memang suka duduk sini sebab dekat dengan Hospital, City Center dan Kolej.Sebagaimana kita tahu, faktor2 ni penting untuk memilih rumah.Dan yang paling penting,persekitarannya tidakla tercemar!!
Alang2 aku komen skit tentang cerita babi di malaysia. Sepatutnya orang melayu marah bukan kerana itu kandang babi, najis mughallazah. Tapi, kena marah sebab ia menganggu alam sekitar. So, kena mintak kerajaan Selangor buat betul2 supaya tidak mendatangkan pencemaran. Samalah nanti, bila kerajaan nak buka ladang kambing atau ayam. Kena pastikan kerajaan menjaga kepentingan penduduk.
Jadi, kalau semua berfikiran waras. Barulah masalah ni setel. Sebab masalah alam sekitar bukan masalah melayu saja.tapi masalah semua.
Jangan lagi berfikiran perkauman. Melayu tak sokong sebab cina makan. Cina sokong sebab Melayu lawan. Yang rugi sapa? penduduk jugak. Sepatutnya penduduk kawasan tu bangun menentang ramai2 sebab memang fitrah kita tak mau duduk tepi kandang. Tak kirala kandang apa pun.
Aku suka makan ayam, tapi takderla plak aku nak duduk tepi kandang. Samala orang cina yang suka makan babi. Derang pun takmau duduk tepi kandang. Busuk beb!
Tapi sebab kepala perkauman..maka semua jadi bodoh.. inilah ruginya ideologi perkauman ni..
Harap-harap, satu masa nanti kita boleh hapuskan pemikiran kolot ni..
-Najmi, Ketua Rumah-
p/s: kepada budak 218..dapur tu dah kotor..kang aku kuntau korang baru tau.
Di Antara Belon-belon Busa
-
(Hakim) Di antara belon-belon busa dan angin samudera dan alunan muzika
engkau berlari ke sini sana riang teruja. Bersama matahari terbenam setiap
saat yan...
5 years ago
2 comments:
tu la.. personally, saya rasa lebih baik kerajaan benarkan kandang babi dibina, tapi dengan syarat mengikuti undang undang yang telah ditetapkan. daripada bina kandang babi secara haram, dan mungkin menimbulkan masalah kesihatan di antara penduduk berdekatan..
ya..stuju2. stuju sama abg jermz...lol
Post a Comment