Saturday, April 19, 2008

Tips Harian Penghuni 218 - Tidur

By D


Tidur bagaimanakah yg anda mahukan? Adakah seperti Garfield yg kekenyangan atau tidur yg menjadi suatu ibadah?

Entry ini adalah kesinambungan daripada entry penghuni 218- Mr. Yus. Kali ini tips ini diambil daripada kitab Bimbingan Mukmin karangan Imam Ghazali....

1) Besuci dan bersiwak..kalau tidak mempunyai kayu sugi, anda bolehlah mendptkan ubat gigi kayu sugi di pasaran Malaysia atau mana2 yg terpilih summer nanti.
2) Sebelum tidur, hendaklah bertaubat terlebih dahulu dari segala dosa dan memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap diri kita..hendaklah kita ber'lapang dada' dan memaafkan kesalahan orang lain.
3) Tidur berhadapan dengan kiblat
4) Membaca amalan doa-doa dan surah pilihan seperti yang dianjurkan Rasulullah s.a.w seperti ayat Al-Kursi, Surah al-Ikhlas, An-Nas, Al-Kaafirun dan Al-Falaq. Juga menjadi amalan baginda membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akhbar sebanyak 33 kali.
5) Berazam melakukan ibadah apabila bangun nanti.

Nota: Doa tidur dan bangun dari tidur tidak disediakan kerana saya pasti anda telah mempelajarinya di kerusi-kerusi sekolah..

No comments: