Tuesday, April 15, 2008

AGM di Dublin Mosque



Alhamdulillah, akhirnya annual general meeting Islamic Foundation of Ireland (I.F.I.) yang diadakan di Dublin Mosque yang terletak di hadapan rumah 218 ni telah dapat dijalankan pada 13 April yang lalu.

Sebelum meeting mula pada hari tu, awal-awal lagi Yang Dipertua majlis dah bagi nasihat kepada ahli-ahli qariah supaya apa yang terjadi dalam meeting tu habis di situ sahaja dan tidak perlu bermusuhan selepas itu. Kita ikut cara orang-orang Irish berpolitik – sewaktu pilihanraya habis-habisan berkempen, tapi lepas pilihanraya still jadi kawan baik. Idea politik adalah hal yang berlainan, member tetap member.

AGM ini melibatkan masyarakat Islam di sekitar Dublin ini, yang majoritinya terdiri daripada Pak-pak Arab, Pakistan dan tidak ketinggalan Malaysia. Yang bestnya, lepas meeting tu ada nasi briani percuma yang disediakan khas oleh Pak Usop.

Ini adalah tahun pertama saya di Ireland, dan juga kali pertama menyertai meeting sebegini. Menurut senior-senior yang sudah lama tinggal di sini, biasanya tiap kali AGM, pasti ada pertelingkahan berlaku kerana perbezaan pendapat. Saya cuma berharap perkara sedemikian tidak akan terjadi lagi pada tahun ini.

Of course, you can’t always get what you want. Belum pun AGM bermula, perang mulut telah pun meletus. Kesnya hanya kerana projector baru tidak digunakan semasa pembentangan laporan kewangan.

Perang mulut ini berterusan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi dalam bahagian-bahagian lain meeting itu (seems like I.F.I. now stands for Islamic Fighter of Ireland).

Walau bagaimanapun, meeting akhirnya berjaya juga disempurnakan, dengan pelantikan 7 orang ahli board of trustee.

Diharapkan pada masa hadapan, I.F.I. dapat berfungsi dengan lebih cemerlang dalam menjaga kebajikan masyarakat Islam dan menegakkan syiar Islam di Ireland.

1 comment:

Anonymous said...

sapa board trustee yang baru ek?