Wednesday, April 16, 2008

Label melabel


by Najmi a.k.a Jerm...

Kepada adik-adik yang bakal datang ke Dublin..mai sini abang nak cerita satu realiti budak-budak Dublin..

Bila sampai sini, besanya pelajar-pelajar akan terbahagi kepada 3 kelompok yang besar.

Pertama


Golongan yang semuanya haram. Mereka ni kuat usrah dan sebagainya. Malangnya mereka hanya hidup dalam kepompong sendiri hingga mereka menutup dunia. Jadi,mereka tak rasa perlu bergaul dengan pelajar di luar kepompong mereka apatah lagi tuan rumah Irish.

Mereka melabel orang-orang lain yang tidak bersama dengan pelbagai label yang kita tak minat nak dengar.Semangat mereka untuk beragama memang patut dipuji. Mereka kuat sembahyang malam dan kuat juga study. Cantik.

Tapi, akhlak perlu diadjust skit. Mereka patut belajar hadis nabi yang bermaksud "Tidak beriman seseorang dari kamu hatta kamu mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi diri sendiri"

dan juga hadis yang mafhumnya, "permudahkanlah jangan susahkan, gembirakanlah jangan sedihkan"

Pesanan abang (cewah)...agama ini penting, jadi jangan sembarangan jer amik ilmu.. silap haribulan, boleh sesat..

Golongan Kedua


Golongan ni plak, semua halal.. tak kira masa dan tempat..asal boleh sapu, sapu aja.. dan of course golongan ni juga kuat melabel orang.. terutama geng2 usrah tadi.. macam2lah label kita dengar dari mereka.. jumudla,mundurla,sempitla..

Mereka rasa mereka habis international atau open minded sebab join parti2 alkohol mat saleh..eh,jangan salah faham..diorang tak minum..
Pada diorang cutting point untuk seseorang dikategorikan bercampur dengan tuan rumah ialah menyertai parti2 sedemikian. Walhal, banyak lagi cara yang lebih sopan dan tidak syubhah kita boleh buat.punyala bercampur diorang ni dengan mat saleh sampaikan Bertie Ahern pun mungkin tak kenal.Wow!!
Perkataan usrah jangan disebut..silap2 boleh kena anaphylactic shock..sampai macam tu punya severe..
Golongan ni kena belajar kata-kata hikmah ini..
'jangan mengecilkan sesuatu amalan, mana tahu amalan itu yang paling diredhai Allah'

Mereka menentang sungguh benda2 ni..

Nasihat abang..biarlah orang lain nak beramal, kalau kita malas jangan kacau diorang.. takut2 nanti jadi golongan yang menghalang orang beramal.. itu kompem bodo sebab dapat dosa..


Golongan ketiga

Mereka ni golongan majoriti..tak kacau orang..buat kerja sendiri..bercampur masyarakat irish dengan cara yang tak bercanggah..
Mereka pergi usrah, join international conference dan discussion.. Derang ambil peluang untuk belajar,bertukar pendapat secara intelek dengan kawan-kawan Irish dalam berbagai2 isu..Mereka tidak ke parti,namun masih dihormati kawan-kawan Irish kerana punya pendirian. Semayang malam kuat dan study pun kuat..tapi yang paling penting, tidak melabel orang..

Sebab apa? kerana dalam usrah diorang mereka diberitahu..label melabel ni penyakit hati.. kita melabel orang sebab kita rasa kita baik dari orang lain..

Sebab tu abang nasihatkan adik-adik yang nak datang nanti..beli buku Bimbingan Mukminin karya Imam Al-Ghazali..moga-moga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati..

Sebab utama Iblis dilempar keluar dari syurga pun adalah kerana sombong.. Tamat

p/s: last2 aku pun melabel jugak..hmm

1 comment:

Anonymous said...

hoi.. tak payah la kot nak buat isu2 nih.. remeh kot.. ko buat mcm ni mcm nak memecah belahkan bakal2 junior pulak.. pada pendapat aku yg tak seberapa ni, post ni lagi byk side effect & complication drp good prognosis..