Monday, April 21, 2008

Blog:Membawa Maslahah atau Mudarat ?

By D
Blog menjadi rahmat jika kandungannya bermutu dan ilmiah

Baru-baru ini, sahabat saya bertanya berkenaan blog. Bagus ke tak buat blog? Berikut adalah pendapat saya wahai sahabat...

Blog seringkali digunakan untuk pelbagai tujuan. Ada yang menggunakan blog sebagai cara untuk melemparkan idea mereka mengenai sesuatu perkara serta isu semasa. Contoh yang simple yang boleh saya ambil adalah seperti isu babi di Selangor, isu pencemaran dll. Ada juga yang menggunakan blog sebagai reference point untuk mempromote sesuatu event. Ada juga yang menggunakan blog untuk berkongsi hobi dan kegemaran seperti pengalaman travel, review buku, review movie, series dll. Bukan setakat golongan ini, bahkan orang-orang kenamaan turut menggunakan blog sebagai platform untuk menyampaikan dakwah, idea-idea politik dan fahaman mereka. Usaha golongan ini patut dipuji kerana mereka telah melaksanakan pesanan Rasulullah s.a.w iaitu: 'Sampaikanlah walau sepotong ayat'. Apa-apa sahaja ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain adalah ilmu yang Islam. Dengan ini, blog itu telah menjadi wadah yang essential untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai.

Malangnya, tak semua blog macam yang disebutkan di atas. Ada blogger yang mengambil kesempatan untuk menyampaikan dakyah-dakyah palsu mereka. Ada juga pihak yang menggunakan isu sensasi untuk menarik perhatian pengunjung ke laman mereka, tanpa diketahui hujung pangkal sesuatu cerita. Ada juga pihak yang mengambil kesempatan mengeji dan menghentam peribadi Muslim lain, tanpa bukti dan hujah yang kukuh. Lebih teruk lagi, pengunjung blog yang akalnya masih remaja(sukakan isu sensasi, panas, membuat quick judgement) menerima bulat-bulat apa yang ditulis walaupun hanya menerima maklumat yang tidak lengkap, direka-reka dan di'touch up' blogger bagi menghasilkan suatu cerita yang 'best'. Dengan ini, blog telah menjadi sesuatu yang memudaratkan dan tidak menyumbang apa-apa kepada kemaslahatan umat. Lebih teruknya, blog digunakan untuk menyebarkan fitnah atau menyampaikan cerita yang belum tentu kesahihannya.

Lalu, dalam situasi ini, hendaklah kita kembali kepada pesanan Rasullah s.a.w dalam sebuah hadis : 'Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya...'. Oleh itu, marilah kita selaku Muslim bloggers memurnikan niat kita dan menjadikan blog sebagai sesuatu yang bermanfaat.

p/s: tulisan ini semoga dapat menjadi peringatan kepada diri dan bloggers lain. Wassalam.

2 comments:

yunus_sahar said...

betul, betul. terima kasih kerana berpesan. tak kisah la tulis blog ke, buat apa-apa ke, elok kita b'henti kejap, check balik niat kita. wallahualam

Muaz Nabil said...

btol. btw, sapa D ni?