Salam,
Mungkin ni isu lama..tapi aku rasa betul2 terganggu dengannya.. Haritu masa baca ingat nak komen,tapi sebab exam..last2 terlupa..harini baru teringat balik.
Korang ingat tak haritu dekat Perlis, ada satu group bangang ni salah pukul orang sampai mati depan anak bini dia..alasan depa, arwah tu mengendap anak dara orang.. last2 awek yang kena ngendap tu testify salah orang..
Aku taktau apa korang fikir tapi pada aku, inila akibatnya takdak didikan agama..amik undang2 ikut suka perut sendiri.. punyala bangang.. bayang kalau itu ahli keluarga kita.. anak2 arwah kompem akan trauma sampai bila2 dan tak mustahil bila depa besaq nanti depa balas balik dekat mangkuk2 (konon2 hero)yang bunuh ayah depa..
Sekarang ni,sapa nak bela depa satu family? dah la susah..masya allah.. apa nak jadi la negara kita..
Ini sebenaqnya bala dari tuhan..kita jangan nampak bala tu dalam bentuk tsunami atau gempa bumi saja..tapi bala macam ni, ketidak stabilan, hilang rasa sejahtera dan selamat dalam negara adalah bala yang teruk..
Sekarang ni, mana ada mak bapak berani biaq anak2 jalan sorang2..rasa tak selamat.. mana ada kita berani jalan malam2 sorang2,silap2 kena samun.. yang perempuan lagi teruk kena..ragut la,cabul la, rogol la..
Berbalik pada kes tadi..nah,sekarang nak buat macam mana? Apa solution korang? Kalau ikut hukum islam, pembunuh2 ni boleh dijatuhkan hukuman qisas kalau tak silap.. terpulang pada family, nak suruh hukum mati ka atau nak suruh setiap depa bayaq denda..
Hukum sekarang aku rasa,kena masuk penjara atau kena gantung.. family dapat apa? Hangpa carikla jawapan sendiri..mana lagi adil.
p/s:Kepada adik2 yang nak fly bulan 9/10 ni..abang nasihatkan, bawakla mathurat, quran sebagai bekalan kita..jangan lupa juga megi, bekalan di kala kesejukan,lapar dan malas..hehe
-najmi-
Di Antara Belon-belon Busa
-
(Hakim) Di antara belon-belon busa dan angin samudera dan alunan muzika
engkau berlari ke sini sana riang teruja. Bersama matahari terbenam setiap
saat yan...
5 years ago
4 comments:
sebab itu la kita ada sistem penguatkuasaan undang-undang, dan sistem kehakiman, law of the land.
Memang la kalau diikutkan hati nak belasah sampai tak bangun-bangun, tapi tidakkan sabar itu separuh daripada Iman. Mana boleh main belasah sampai mati saja.
Itulah, isu mahkamah rakyat ini telah saya jelaskan dengan panjang lebar kat sini
http://ruzaimiramza.wordpress.com/2008/04/17/highest-court-is-the-court-of-public-opinions/
mungkin skop lari sikit, tapi mesej teras lebih kurang la.
Salam
memang undang2 skrg bole pkai gak la. tpi tu la, mnusia punya law bole ubah2. kan senang kalu ikut apa Islam ajar. konfem perfect. islam kan syumul dan sesuai untuk semua manusia.. memang manusia pun boleh berfikir, tapi mcm manapun manusia tetap makhluk. ikut je la cakap Tuhan, konfem hidup sejahtera. wallahualam..
salam yunus-sahar..
tak semudah yang disangka, memang ikut je cakap Tuhan, konfem hidup sejahtera. Setuju seribu peratus.. infiniti peratus..
Bukan nak go against your statement, tapi cuma sekadar ingin sampaikan pendapat sahaja, amat sukar untuk laksana semua itu. Dari segi hukum dasar memang ada dalam Al-Quran. Terpulang pada pelaksana, dan perlaksanaan dasar tersebut.
Di situlah kelemahan-kelemahan manusia memainkan peranan.
Better to try laksana dari tak buat.. at least kita ikut cakap tuhan dan dia may guide us..
samala macam semayang.. tak semua boleh khusyuk..tapi,takkan tak payah semayang kan?
yang penting kita cuba buat yang terbaik.. kalau alasan kelemahan manusia..maka jangan ada undang2..sebab manusia banyak kelemahan..
undang2 sekarang, manusia cipta dah kelemahan tu..plus manusia laksana.. so kuasa dua kelemahan..
at least undang2 tuhan,tuhan dah cipta..so flawless..kemudian manusia laksana..so baru kuasa satu..
ka camana?
Post a Comment