Sunday, April 20, 2008

Be a gentleman, please...

Satu perkara yang kurang best dengan kebebasan menulis dalam internet ialah seseorang boleh menulis tanpa had sebagai anonymous atau menggunakan nama-nama lain. Lebih teruk lagi, menulis menggunakan nama orang lain.

Sila rujuk 2 komen pertama dalam entry yang bertajuk ‘Label melabel’. Comment pertama adalah daripada ‘biasa-biasa je’ manakala yang kedua daripada so-called ‘najmi a.k.a jermz’.

Walau bagaimanapun, apabila saya bertanya saudara Najmi (ketua rumah ni) tentang komen tersebut, dia terperanjat kerana menurutnya, dia tidak pernah pun memberikan komen yang seumpama itu.

Apabila dilihat semula, didapati jarak comment pertama dan kedua hanyalah 5 minit – sesuatu yang kurang logik, kerana jawapan daripada saudara ‘Najmi’ itu adalah terlalu cepat jika dicampur dengan tempoh membaca komen pertama, memikirkan jawapan dan menaip. Maka saya membuat kesimpulan, kebarangkalian besar kedua-dua komen berkenaan ditulis oleh orang yang sama atas tujuan tertentu.

Oleh itu saya berharap kepada sesiapa yang meninggalkan comment selepas ini, silalah jadi lebih bertanggungjawab, atau dengan kata lain, jangan jadi bacul. Be gentleman, please...

Now we are developing ourselves to become a professional in the future, and among of the characters of a professional are responsible and accountable. Gentleman will walk but never run.

Wassalam.

by Rifhan Rasuli

4 comments:

Anonymous said...

Dah kena padam la plk comment kedua tu. Moderator yg mana satu la buat ni... But still, the point is, be responsible in things that we write.

Anonymous said...

hmmmm.. tak sempat aku bace comment tu.. anyway, lain kali kalau nak komen, sile letak nama sendiri k.. takyah nak anonymous2 atau letak name yg pelik2.. nak takut ape..

Anonymous said...

kene batang idung sendiri, memang ah takut, heh

Muaz Nabil said...

nak tengok gak komen tu...apa dia kata. org kalau segan2 ni mmg jenis yg penakut...biarkn saja...suara2 sumbang memang la macam tu...huhu. tambah pulak kalau kena batang idung seniri yang tak mancung tu, musti la lagi segan2...haha